2 Jadual Perjalanan Bas Kite Sampai Malam

0
8587

Jadual  perkhidmatan `Bas Kite’ akan bermula pagi sehingga malam  dengan 2 haluan yang berbeza bagi kemudahan orang ramai ke desitinasi yang telah ditetapkan oleh syarikat Cas ligas yang mempunyai  reka bentuk Bas  lebih unik, selesa dan menarik sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan  tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar pusat Bandar Raya Kuala Terengganu .

Manakala dekorasi dalaman bas yang mampu memuatkan 34 penumpang itu pula bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.

Laluan C01Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.

Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui  Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) – Masjid Terapung (Kuala Ibai)  yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man) dengan menggunakan kod C02.

Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan  jarak sejauh 27 kilometer (km).

Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.

Orang ramai dari kawasan setempat dan pelancong-pelancong yang ingin mengunakan khidmat bas kite boleh datang ke hentian Bas MBKT mengikut masa yang telah ditetapan.

Laluan C02

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here