13,228 Rumah Mula Dibina Tahun Hadapan – Mohd Jidin

13,228 Rumah Mula Dibina Tahun Hadapan – Mohd Jidin

3250
0

1ebfc3b6-d826-40c3-b436-6bbb2b0ad2f813, 228 unit rumah untuk rakyat Terengganu bakal dibina pada tahun depan, menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat yang melibatkan semua dearah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan sangat komited dalam menyediakan rumah bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk memiliki rumah pertama.

Katanya, sebanyak 5,331 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di 16 tapak menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rolling Plan Kedua dan Ketiga (RP2 dan RP3) Rancangan Malaysia Ke-11.

“PPR Kuala Abang ( 500 ) ,PPR Mak Kemas (210), PPR Kg Alur Limbat (500), PPR Kg. Puterajaya (200) , PPR Air Putih (200), PPR Bandar Seri Bandi (220 ), PPR Pulau Kerengga ( 396 ), PPR Bukit Puteri ( 300), PPR Pengkalan Nyireh (213),PPR Bukit Gasing (192), PPR Kg Rasau ( 500 ), PPR Guntong Luor (400), PPR Bukit Aceh (500), PPR Gong Medang (400), PPR Kuala Ping ( 450 ) dan PPR Kg. Tajin ( 300 ).

“Sebanyak  2,202 unit rumah akan dibina melibatkan  Kg Paya Santong  (241), Kuala Ping, Hulu Terengganu (254), Kuala Nerus (277), Kerteh , Kemaman (1430) dibawah  senarai projek  SPNB yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berkenaan projek-projek perumahan yang bakal dilaksanakan kerajaan , dalam Sidang Dewan Udangan Negeri semalam.

rakr2

Tambahnya lagi, Rumah Mampu Milik Negeri (RMM ) di Seri Bandi telah diluluskan sebanyak 220 unit pada 6 November lalu.

“Manakala 3,098 unit rumah di enam  Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),  sementara dua  projek yang melibatkan 1,148 unit rumah lagi  masih dalam perundingan antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan PRIMA.

“Sebanyak 1,229 unit Perumahan Penjawab Awam 1 Malaysia telah diluluskan oleh Perbadanan (PPA1M), yang  akan dibangunkan di atas tanah kerajaan  melibatkan tiga projek di Puncak Temala, Marang ( 349 ) PPAIM, Laguna Presidence, Kuala Terengganu (660)  dan  Kemaman  (220),” katanya.

 

Leave a Reply