Ziarah Kasih MB Razif petang tadi di 26 buah kampung

0
668

Program Ziarah Kasih di Dun Seberang Takir melibatkan 260 buah rumah yang meliputi 26 Kampung diberi bantuan serentak petang tadi.

Adun Seberang Takir yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program ini dilaksanakan dua minggu sekali dan diberi tumpuan kepada golongan asnaf, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan mengalami masalah kesihatan (orang uzur).

Menurutnya, program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim serta jalinan perhubungan mesra diantara pemimpin masyarakat dengan penduduk dalam kawasan kampung masing-masing.

Katanya, ziarah kasih kali ini setiap yang dilawati (ziarah) itu menerima sumbangan berupa makanan harian dan wang tunai serta diharap mampu membantu menangani kos sara hidup rakyat ketika ini.

“Kita bekalkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi J3K setiap kampung dan ia mampu mengeratkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin disamping dapat membantu rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata demikian selepas program Ziarah Kasih Dun Seberang Takir petang tadi.

Turut bersama dalam sempena program Ziarah Kasih To’ Puan Halina Zakaria bersama pemimpin setempat.

Selain itu Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan mengadakan program jualan barangan asas dengan harga berpatutan dan akan dilancarkan pada 20 Januari 2018 serta ianya telah diputuskan dalam mesyuarat kerajaan negeri yang lepas.

“Program ini dilaksanakan setiap bulan di semua dun, ini bermakna setiap dun akan mengadakan satu program setiap bulan”

“Program ini juga dikendalikan oleh pihak KPDNKK yang yang mana melibatkan barangan keperluan asas seperti, ikan, beras, minyak dan sebagainya”

“Cara ini juga dapat membantu rakyat mendapat harga yang berpatutan dan sekali dapat membantu rakyat mendapat barangan keperluan asas dengan harga lebih rendah”, ujarnya.

Tambahnya, program ini dijalan diseluruh negara untuk 1 parlimen 1 program dan kerajaan menambahnya kepada 4 program sebulan untuk negeri Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here