Zahid: Ahli UMNO perlu ada semangat untuk menang

0
434

Semua ahli parti UMNO perlu mempunyai sikap ‘Winning Mentality’ atau semangat untuk menang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘Winning Mentality’ itu perlu disertakan dengan keyakinan dan tindakan dalam setiap perkara yang dilakukan.

‘Gerbang PRU 14 kian kita hampiri. Dari hitungan ‘eddah’ politik, tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu, kita akan turun ke gelanggang sederap serentak. Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki “winning mentality” atau mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep, bukan sekadar falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan’.

‘UMNO tidak boleh KALAH! BN tidak boleh TEWAS! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional’, katanya ketika berucap di Persidangan Sayap-sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Tambahnya rahsia UMNO terus kekal relevan sehingga kini adalah disebabkan adalah kerana parti itu bukan sahaja memperjuangkan nasib bangsa Melayu semata-mata tetapi juga menjaga kepentingan kaum lain yang ada di negara ini.

‘Apakah formula UMNO hingga mampu kekal unggul ? Kerana kita mengamalkan kesejagatan politik sejak dahulu lagi sehingga hari ini’.

‘UMNO adalah wadah perjuangan seluruh rakyat dari berbilang kaum, UMNO adalah tunjang kekuatan kepada Barisan Nasional kerana kita sanggup berkongsi kuasa bersama rakan komponen bukan sahaja di Semenanjung tetapi merangkumi Sabah dan Sarawak’.

‘Inilah kesatuan politik matang dan dinamik yang UMNO amalkan dalam membina bangsa. UMNO sentiasa berjiwa besar dan mewarisi formula kesejagatan politik’, tegasnya. – Sumber www.Terengganu.News

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here