Wanita lapor polis selepas teman lelaki berbeza dengan foto di Facebook

0
1358

Seorang wanita membuat laporan polis selepas kecewa apabila kekasihnya yang dikenali di Facebook tidak setampan seperti gambarnya di media sosial.

Anah Syakila yang berasal dari Lebak di Banten memberitahu, dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak dari Tulungagung dikenali sebagai Rian di Facebook selama setahun.

“Kali pertama saya melihat gambar Rian, saya terus jatuh cinta kerana dia tampan.

“Rian juga sering memuat naik gambarnya di Facebook menyebabkan saya yakin dia adalah individu yang sebenar,” katanya yang dipetik Bangka Pos.

Menurutnya, sepanjang pengenalan itu Rian sering memintanya datang ke Tulungagung tetapi dia menolak kerana mahu lelaki itu sendiri datang ke Banten.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Rian memberitahu bahawa dia sakit menyebabkan Syakila mengambil keputusan untuk datang ke Tulungagung.

Jarak dari Banten ke Tulungagung adalah kira-kira 860 kilometer dan perjalanan menaiki kereta mengambil masa selama 17 jam.

Apabila sampai di Tulungagung, Syakila terkejut apabila mendapati lelaki yang datang bertemunya sangat berbeza dengan wajah Rian di Facebook.

Kerana menyedari dia tertipu, Syakila membuat laporan polis.

Jurucakap polis, Dani Aristanto berkata, siasatan mendapati Rian adalah palsu dan nama sebenar lelaki berkenaan yang menyamar adalah Sugeng.

“Selepas disoal siasat Sugeng mengaku dia menggunakan foto lelaki lain untuk berkenalan dengan Syakila.

“Selepas berbincang Sugeng bersetuju membayar semua kos pengangkutan dan penginapan Syakila di sini,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here