Wang Kertas TIDAK DIterima Mesin Deposit… Patanda APA? – Muhammad Yusof

0
479
Hari ini aku pergi bank, nak keluarkan duit. Aku tengok, ramai betul manusia di bank ini. Baru lepas gaji kot? Aku pergi keluarkan duit di mesin ATM.
“Srukk…Srukk…Srukk…” bunyi mesin mengeluarkan duit. Kemudian aku pergi pula ke mesin Cash Deposit, nak bayar hutang. “Tet..Tet..Tet..”, aku tekan nombor akaun nak masukkan duit. “Srukk…Srukk…Srukk…” mesin cash deposit kira duit aku.
Tiba-tiba mesin tulis ada beberapa keping wang kertas aku yang tidak boleh diterima. Pelik betul? Padahal aku baru saja keluarkan duit itu dari mesin ATM bank yang sama. Tetapi mesin bank yang sama juga telah reject duit aku.
Perkara ini membuatkan aku terfikir, agaknya inilah nanti yang akan berlaku semasa kita ditimbang atas Al-Mizan untuk Tuhan tentukan kita masuk Syurga atau Neraka.
Selama ini kita dengan over konfidennya rasa kita boleh lepas nak masuk Syurga. Tapi semasa ditimbang amalan, rupa-rupanya amalan kita direject oleh Tuhan dan akibatnya kita kena masuk api neraka.
Muhammad Yusof dan anaknya
Sekarang aku tengok, ramai daripada kita yang rasa diri mereka dah perfect segala benda. Bila mereka rasa diri mereka perfect, mulalah mereka rasa orang lain tidak perfect seperti mereka.
Lalu mereka mula mengutuk orang lain, menghina orang lain, memaki orang lain, memperlekehkan orang lain, mengejek orang lain, bash orang lain, troll orang lain sebab mereka rasa mereka betul dan orang lain salah. Dia saja yang perfect, orang lain tidak.
Mereka sedap saja kutuk orang lain sebeb mereka konfiden boleh lepas soalan Munkar Nakir dengan mudah, boleh lepas seksaan dalam kubur dengan mudah, boleh lepas panas matahari sejengkal di padang mahsyar dengan mudah, boleh lepas proses hisab dengan mudah, kemudian mereka rasa konfiden boleh masuk syurga dengan mudah.
Jangan rasa begitu yakin saudara-saudari, tengok apa yang berlaku pada aku tadi. Duit baru saja keluar dari bank, tetapi bank yang sama telah reject duit aku.
Takut kita buat amalan baik punyalah banyak, tetapi bila nak masuk syurga, ‘tup-tup’ Tuhan reject kita dengan asbab benda remeh temeh yang kita tulis di Facebook. Risau juga aku, korang tak risau ke?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here