Wan Azizah diperintah bayar Felda RM2 juta kerana memfitnah

0
698

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi RM2 juta kepada kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel fitnah pada 2010.

Saman itu berhubung penerbitan dua artikel pada tahun 2010 yang bertajuk “Felda Bankrap” dan “Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu”.

Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika membuat perintah berkenaan berkata, jumlah awal sebanyak RM70,000 yang ditetapkan oleh penolong pendaftar kanan sebelum ini adalah terlalu rendah.

Hakim turut memerintahkan Wan Azizah dan defendan lain membayar kos RM25,000 kepada plaintif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here