*Wan Asshima Cuci Dosa Dengan PAS?*

0
917

SEPERTI kebiasaan yang berlaku didalam pentas politik Malaysia sesisapa sahaja yang keluar dari parti dan melompat kepada parti lain serta dijadikan ikon parti bagi memburukkan parti asal.

Sepertimana yang berlaku sekarang ini, Pas menggunakan mantan Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kelang, Wan Asshima Kamaruddin telah menyertai Pas setelah gagal dalam usahanya menjadi jutawan segera setelah mendakwa beliau ditawarkan  projek RM 1.6 billon.

Menurut laporan sebuah portal pembangkang, Asshima mendakwa beliau tertarik kepada parti itu setelah membawa usul beliau gagal bersuara lantang wakil dari puteri Umno untuk bawa (usul) biro agama bersama dalam Perhimpunan RUU 355 untuk pindaan akta syariah di Padang Merbok,

Katanya,ternyata sokongan Umno hambar, tapi saya teruskan perjuangan. Dalam Perlembagaan (negara) dah tercatat perkara 3 fasa 1, agama Islam agama persekutuan.

Bagaimana UMNO mahu menerima cadangan seorang yang munafik, sedangkan dirinya ketika itu bergelumang dengan dosa-dosa yang dilarang oleh yang maha HAK.

Sebelum ini juga Abby Abadi dan penyanyi Aisyah digunakan Pas untuk pilihanraya umum yang lalu dan sekarang dimanakah mereka berada dalam perjuangan Pas??

Mereka telah meninggalkan Pas setalah “dosa-dosa mereka dihapuskan” menerusi mengisi borang kemasukan ahli Pas dan kini turut diikiut Asshima dimana tujuan yang sama.

Abby Abadi lari daripada parti itu kerana katanya, PAS sudah lari daripada perjuangan Islam, manakala, Aisyah dari pentas ceramah PAS ke pentas Gegar Vaganza berkata, PAS sudah hilang arah perjuangan.

Maka PAS Terengganu terpaksa mencari pengganti untuk ‘diusung’ ke majlis-majlis ceramah parti itu bagi menceritakan bahawa PAS lebih baik berbanding parti-parti lain yang ada di negara ini.

Dan kini ditampilkan bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima sebagai ‘ustazah segera’ dalam PAS yang bercakap soal akidah.

*SIAPA SEBENARNYA WAN ASSHIMA KAMARUDDIN???*

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here