(Video) Pelakon popular hamilkan bekas kekasih sehingga lahirkan anak?

0
764

KUALA LUMPUR — Seorang pelakon popular dikatakan meniduri bekas kekasihnya hingga melahirkan anak.

Pelakon “kegilaan ramai” mendiamkan diri selepas mengetahui mangsa hamil tiga bulan selepas mereka bermalam bersama di Port Dickson, lapor mStar Online.

Mereka yang didakwa pernah bercinta empat tahun lalu sebelum hubungan mereka terputus, bertemu semula awal tahun ini.

“Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,” katanya.

Beliau, 20-an kecewa kerana pelakon drama itu tidak menjawab panggilan dan mesejnya, sebaliknya kekasih pelakon tersebut pula menyerangnya.

“Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan,” katanya yang membenarkan rakaman suara temu bual oleh portal itu.

Wanita berkenaan mahu pelakon itu “membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.”

“Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

“Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu,” katanya yang sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan.

“Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya yang bersyukur kerana ibu bapa menerima beliau dan anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here