(Video) Tiket habis awal, penyokong Kedah lapor polis, SPRM

0
251

Sebahagian besar penyokong di Stadium Darulaman pulang hampa apabila 10,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) habis dijual dalam tempoh 45 minit, pagi ini.

Berbanding dua perlawanan akhir sebelum ini, penyokong Kedah yang ditemui rata-rata terkejut kerana ia habis lebih awal daripada biasa.

Walaupun empat kaunter dibuka dengan setiap peminat dihadkan tiga tiket sahaja dalam satu pembelian, mereka menganggap 45 minit terlalu pantas jika benar 10,000 tiket dijual.

Oleh yang demkian, mereka mengesyaki berlaku ‘sesuatu’ yang tidak kena dalam jualan tiket berkenaan kerana tiba-tiba ada penambahan bilangan rombongan dengan bas, dari 200 kepada 400 buah bas dan mereka mengedarkan sekeping salinan kuata tambahan tempahan tiket yang diluluskan.

Selain itu, penyokong juga dilaporkan akan membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM kerana sangsi dengan ketelusan dalam pembahagian tiket oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Luahan Pak Nasir Abas, pelari solo negeri Kedah

Memetik video Utusan Online, AJK Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shahrul Niza Omar memberitahu tiket yang diterima pihaknya dari FAM adalah 30 ribu keping.

Namun, tiket yang dijual di kuanter tiket Stadium Darul Aman tidak sampai 10 ribu keping.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima penambahan bilangan bas kepada 400 buah dan terpaksa memperuntukkan sejumlah 18,000 keping tiket.

“Mungkin penyampaian maklumat yang kurang tepat menyebabkan penyokong beranggapan 30,000 tiket dijual di kaunter hari ini namun sebenarnya kami hanya memperuntukkan tidak sampai 10,000 tiket saja memandangkan selebihnya untuk permohonan berkumpulan, kelab gabungan, pemain, Exco KFA dan penaja,” katanya.

Video jawapan daripada pihak KFA

Apapun, harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here