(Video) Tak Sempat Elak, Satria ‘Panjat’ Myvi

0
4735

SEBUAH rakaman yang memaparkan satu kemalangan membabitkan beberapa buah kereta dalam satu kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tersebar di media sosial sejak semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu menyaksikan sebuah Proton Satria dipercayai bertindak ingin memotong Perodua Myvi yang dilihat berhenti di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut mengundang padah apabila Satria itu dilihat hampir terbalik ke lorong kanan dan seterusnya ‘memanjat’ Myvi berkenaan sebelum kembali ke kedudukan asal.

Pada masa sama tindakan itu turut mengakibatkan pelanggaran dengan beberapa lagi kenderaan lain yang menggunakan lebuhraya berkenaan.

Berdasarkan video berkenaan, ke semua kenderaan yang terlibat dilihat berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mujur, tiada sebarang kemalangan nyawa dilaporkan.

Rakaman yang berdurasi kurang daripada satu minit itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka tidak menolak kemungkinan pemadu proton satria berkenaan leka dengan ‘sesuatu’ sehingga tidak sedar akan jarak keretanya dengan Myvi berkenaan.

Sehingga kini, rakaman yang viral itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 2,000 komen daripada pengguna laman Facebook.

Kepada para pengguna jalan raya, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku kelak. Telefon pintar memang pintar, tapi pintarkah kita? – MYNEWSHUB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here