(Video) ‘Syaitan yang salah, bukan kamu…’ – Bapa maafkan pembunuh anak

0
2604

SUASANA hiba menyelubungi mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat apabila seorang bapa memberi keterangan memaafkan pembunuh anaknya.

Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu turut menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford menitiskan air mata malah hakim turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding untuk sementara waktu.

Ketika hukuman dijatuhkan, Abdul Munim turut memeluk Relford.

Menurut CNN, Abdul Mulim berkata, dia tidak marah Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin.

“Saya menyalahkan syaitan kerana menyesatkan anda dan mengelirukan anda untuk melakukan jenayah yang begitu besar. Tidak, saya tidak menyalahkan anda. Saya tidak marah kepada anda sama sekali.

“Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, hubungiNya. Anda bakal mempunyai babak kehidupan yang baru,” katanya kepada Relford di mahkamah.

Trey Alexander Relford
Salahuddin Jitmoud

Dalam kejadian pada April 2015, Salahuddin membuat penghantaran pizza terakhir apabila dia ditikam sehingga mati dan dirompak di apartmen di Lexington, menurut stesen televisyen tempatan, WKYT.

Tiga ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu tetapi hanya Relford didakwa.

Pihak berkuasa mendakwa, Relford yang merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan membunuh Salahuddin.

Relford dihukum penjara 31 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here