(Video) Marah tidak bertudung, lelaki tampar wanita tunggu bas

0
2104

PULAU PINANG – Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki memukul kepala seorang wanita di sebuah perhentian bas di Bukit Jambul, di sini telah tular di laman sosial

Dalam video berdurasi berdurasi 6 minit 11 saat itu, lelaki itu dikatakan berang kerana wanita itu tidak memakai tudung.

Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan seorang lelaki tiba-tiba datang dan mengira wanita-wanita yang tidak memakai tudung ketika berada di tempat kejadian. Lelaki yang tidak dikenali itu turut menegur beberapa wanita yang tidak bertudung.

Lelaki itu dilihat terus bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuk agama Islam atau sebaliknya.

Salah seorang daripada mereka menjawab dengan mengaku beragama Islam dan tidak memakai tudung, lelaki terbabit mengasak meminta penjelasan

“Bertudung itu hak kita,” jelas wanita tersebut.

Jawapan berkenaan membuatkan lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati dan terus memarahi wanita berkenaan, tetapi tidak diendahkan, namun secara tiba-tiba berkenaan yang marah telah bertindak menampar kepala wanita tersebut.

Rakaman yang dikongsi itu telah mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata mengkritik tindakan lelaki berkenaan kerana caranya amat keterlaluan selain memalukan mangsa.

Ada netizen juga menyatakan bahawa lelaki terbabit adalah tidak siuman.

Jelas sekali tindakan berkenaan adalah bertentang dengan Islam itu yang penuh lemah lembut tetapi tegas, ini kerana tindakan menampar wanita dan memalukan beliau sudah pasti amat dilarang dalam agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here