(Video) ‘Lelaki ni tak pernah cukup dengan seorang kan…’ – Nabila Razali

0
1217

Penyanyi Nabila Razali dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Aedy Ashraf. Sebelum ini penyanyi itu memuat naik gambar kemesraannya bersama Aedy di Instagram. Apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, Nabila berkata mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.

Bagaimanapun status sebenar hubungan mereka sekali lagi menjadi isu apabila Aedy telah berkongsi gambar dirinya bersama seorang gadis misteri menerusi kemas kini Instastorynya. Kelihatan seperti mereka begitu mesra sekali.

Kira-kira dua jam selepas foto mesra itu dikongsi, Nabila pula telah memuat naik posting video di Instagram miliknya. Dalam video itu, dia dilihat menangis gara-gara kecewa dengan seorang lelaki.

Video itu telah mendapat lebih daripada 46,000 tontonan dan hampir 8,000 like termasuk Aedy sendiri.

Nampaknya, hubungan sebenar antara Nabila dan Aedy ini masih belum diketahui. Lagipun, setakat ini, Aedy masih belum menjelaskan apa-apa tentang perhubungannya bersama penyanyi berkenaan, jadi kita tak boleh cepat menilai dan buat tanggapan. Mungkin selepas ini, Aedy akan beri penjelasan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here