(Video) Gadis seksi menari ghairah ketika majlis agama dikecam netizen

0
1582

Baru-baru ini, sebuah majlis untuk sesi menuntut ilmu agama di Bangkok, Thailand telah dicemari dengan tarian tidak senonoh oleh beberapa orang wanita berpakaian seksi.

Tindakan penganjur yang tidak beradab itu menerima kecaman daripada warga maya kerana kurang sensitif dengan peserta yang hadir.

Majlis tersebut dilaporkan turut dihadiri beberapa ahli perniagaan yang beragama Islam dari Malaysia.

Melalui video tersebut, beberapa penari wanita berpakaian menjolok mata dipercayai warganegara Thailand menari tarian seksi bukan sahaja di atas pentas, malah turut turun menari di meja-meja peserta.

Penganjur tersebut kini dikecam hebat kerana telah menyertakan persembahan yang tidak senonoh dan tidak sesuai dengan agama majoriti peserta majlis tersebut. Bukan itu sahaja, peserta juga turut kecewa kerana penganjur tidak menjaga sensitiviti agama.

Pihak penganjur sepatutnya perlu menyiasat terlebih dahulu bentuk persembahan tersebut atau lebih baik tidak adakan persembahan tambah-tambah lagi dalam majlis ilmu.

Ya Allah… Apa nak jadilahhh…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here