(Video) Farid Kamil lain macam dalam ‘Bigo Live’

0
1558

KUALA LUMPUR – Umum sudah tentu maklum tentang perkembangan terkini yang berlaku kepada pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil.

Beliau kini direman selama empat hari untuk siasatan terhadap dakwaan menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam.

Kini tersebar meluas di media sosial video Bigo Live Farid Kamil bersama seorang lagi pelakon Sofi Jikan yang dikatakan berlaku sebelum tindakan kasarnya terhadap polis.

Di dalam video yang berdurasi 6 minit 29 saat itu, Farid menjawab beberapa soalan daripada peminat.

Ada juga yang bertanyakan kepadanya tentang isu politik seperti pilihan raya, isu rasuah namun suami kepada Diana Danielle enggan mengulas lanjut.

Netizen berpendapat bahawa Farid seperti lalok di dalam video berkenaan apabila dia kelihatan agresif dan tidak berhenti bercakap.

“Mata stoned,” kata M E L Z E D E X Official.

“Dalam video ni pun nampak macam lalok je… Tapi urmm susah juga nak cakap … Tak pasti dia memang betul-betul hisap ganja atau kawan-kawan saja nak pedajal dia. Biasa la kadang-kadang kawan ni bukan semua ada hati baik,” kata Senpai sempoi.

“Gigi kacip….Erm polis dah cakap bawah pengaruh dadah…Aduh tak nmpk ke dia agresif lain mcm kat Bigo Live… Cakap tak berhenti… Gigi kacip.. erm sayang sungguh,” ujar Nor Azura.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Farid Kamil terpengaruh dengan Sofi Jikan.

“Dia mungkin pertama kali..Dapat barang yang bergetah, bila kena tu yang tak boleh kawal khayal. Tengok dengan sapa dia lepak..Sofi Jikan ka tu..hahahaha,” menurut NT SONGKOKTINGGI.

Ekoran insisden ini, Yana Samsudin hari ini memuatnaik gambar dengan status yang dilihat mungkin ditujukan kepada abang iparnya.

Yana dalam kapsyen gambar dengan suaminya Fadzil Zahari berkata, Allah mengetahui segalanya dan turut mendoakan urusannya di permudahkan.

“Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa jua keadaan. Insyallah Allah tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya.

“Masa akan datang memberi makna kepada setiap kejadian. Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat,” katanya. -MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here