(Video) ‘Dia tak mampu beri nafkah batin’ – Joy serik bersuamikan Hafiz

0
1739

SHAH ALAM – Usahawan kecantikan, Joy Revfadi menegaskan beliau enggan meneruskan perkahwinan bersama Hafiz Hamidun dan mendakwa penyanyi itu tidak mampu memberi nafkah batin seperti sepatutnya.

Malah, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata beliau hanya mengetahui bahawa Hafiz membuat permohonan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, tengah hari tadi, selepas diberitahu wartawan yang hadir membuat liputan sidang media.

“Tindakan dia (Hafiz) memfailkan permohonan cerai membuktikan bahawa dia percaya saya adalah isterinya, sedangkan sebelum ini dia meragui status perkahwinan kami.

“Saya juga tidak mahu meneruskan perkahwinan kerana dia tidak layak serta bukan suami yang baik untuk saya, selain tidak mampu memberi nafkah batin,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir peguam Joy, Muhammad Nur Hafiz Roslan dan ibunya, Sofia Abbas.

Joy berkata, sebagai isteri, beliau cuba menjaga aib suami tetapi tindakan Hafiz yang tidak mahu berbincang serta berdamai membuatkan dirinya terkilan, terutama dengan tohmahan orang luar terhadapnya.

“Walaupun pelbagai kecaman saya terima, saya bersyukur kerana kelmarin Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan penceraian saya bersama bekas suami.

“Saya bukan isteri orang ketika bernikah dengan Hafiz,” katanya.

Hafiz atau Muhammad Hafiz Hamidun memfailkan permohonan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu perceraian secara baik hadir bersama peguam syarie Azmi Mohd Rais kira-kira jam 1 tengah hari.

Berdasarkan notis permohonan yang difailkan, antara alasan perceraian yang dikemukakan ialah, tiada lagi persefahaman antaranya dengan Joy dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Hafiz juga mendakwa isterinya itu sentiasa mengaibkan beliau di laman sosial, enggan menerima nasihat yang diberikan malah ingkar dengan suruhan Hafiz sebagai seorang suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here