Video anggota polis berhibur bersama tauke judi haram viral

0
1897

GEMPAR di laman sosial susulan tersebar video menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa pegawai dan anggota polis sedang berhibur di pusat hiburan di Johor.

Status turut dimuat naik melalui laman sosial Facebook bertajuk `Anggota D7 IPD Muar, Johor berhibur di pusat hiburan bersama tauke judi haram. terbaik.’

Difahamkan status FB itu dikesan mula tersebar pagi tadi melalui akaun FB `Koleksi Video Viral’ (KVV) oleh pemilik akuan dikenali sebagai Jia.

Di dalam video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan beberapa lelaki dan wanita sedang berhibur di pusat hiburan.

Difahamkan premis berkenaan terletak di Pusat Perniagaan Bakri, Muar Johor.

Sumber berkata, susulan penyebaran video itu, seorang ketua balai polis berpangkat inspektor dan enam anggota polis disiasat.

Malah difahamkan pihak Polis Bukit Aman sudah mengeluarkan arahan penukaran tugasan kepada beberapa anggota polis terbabit ke jabatan lain hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun yang dihubungi berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dalaman termasuk meneliti kesahihan rakaman video tular tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai polis di Johor sedang berhibur di pusat hiburan. HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here