Ustaz Murtadha Yusof ‘pergi’ selepas 2 minggu bertarung nyawa

0
2026

TAIPING – Selepas 12 hari bertarung nyawa, penceramah yang kritikal akibat kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Gunung Semanggol, meninggal dunia hari ini.

Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping, di sini.

Berita kematian beliau disahkan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra melalui status Facebook miliknya sebentar tadi.

“Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Ustaz murthadzo telah disahkan meninggal dunia pada jam 12.30. Mohon doa semua agar dipermudahkan urusan. Semoga beliau bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Semalam, Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan akan akan menjalani rawatan lanjut pada Isnin ini.

Baca: Empat guru agama terbabit kemalangan (5 Gambar)
Selain itu, keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh telah menunjukkan tanda-tanda positif.

Jenazah akan dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan dikebumikan di Masjir Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah secepat mungkin.

Semoga roh Allahyarham Ustaz Murtadha ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here