*UMNO TERENGGANU SUDAH BERSEDIA-Ahmad Razif*

0
544

“UMNO Terengganu sudah cukup bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14(PRU14) nanti,

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) berkata selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus petang tadi.

Katanya, UMNO sudah cukup bersedia bagi menghadapi PRU 14 pada kali ini dengan beberapa perkara yang telah dilakukan oleh parti.

“Pada awal tahun ini, kita telah mengadakan pertandingan pusat daerah mengundi (PDM) diseluruh negeri,

“Secara keseluruhannya saya berpuashati dengan persiapan yang telah dibuat oleh sayap-sayap parti untuk memperkasa jalinan rakyat (JR),

“… dan sekarang ini kita tunggu keputusan kepimpinan tertinggi untuk mengadakan simulasi pilihanraya yang mana akan diumumkan presiden parti nanti,

“Memang simulasi itu dalam perancangan UMNO negeri sebelum ini dan apa-apa keputusannya nanti pusat akan beritahu”, katanya kepada pemberita.

Selain itu, beliau turut ditanya berkaitan senarai calon bagi mewakili UMNO dan Barisan Nasional Terengganu yang mana katanya semua sudah dikenal pasti.

“Calon UMNO dari seluruh negeri sudah ada dan kita akan serahkan kepada presiden untuk menentukannya nanti,

“Apa yang pasti kita di Terengganu sudah bersedia jika dipanggil untuk mengemukakan senarai calon,

“Calon-calon tersebut semestinya datang dari bahagian masing-masing dari seluruh negeri”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here