Umat Islam Harus Sentiasa Perkukuhkan Perpaduan -Sultan Terengganu

0
256

KUALA TERENGGANU – Sultan Mizan Zainal  menyeru supaya rakyat di negeri ini  memperkukukan perpaduan , sentiasa berusaha mencari titik persefahaman, dan jika berlaku perselilihan maka hendaklah Al-Quran dan al-Sunnah dijadikan rujukan.

Baginda bertitah ,  Al-Quran melarang umat Islam daripada berpecah belah, sebalilnya Islam menuntut supaya semua ahli masyarakat bersatu padu dan berusaha ke arah menjadikan sebuah negara yang kuat dari segala aspek.

“Dengan itu kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan sebagaimana tema Maal Hijrah bagi tahun 1439 Hijrah ini “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara,” titah baginda ucapan sempena Majlis sambutan Maal Hijrah 1439/2017M peringakat negeri di Stadium Negeri Kuala Terengganu hari ini.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud  mewakili Sultan Terengganu.

Titah Baginda lagi, tugas menjaga kesejahteraan negara dari  dicerobohi musuh Islam sama ada secara terang-terangan atau halus adalah tanggungjawab  seluruh umat Islam.

“Justuru itu, marilah kita jadikan tahun baru Hijrah ini sebagai titik tolak peningkatan amal kebaikkan dan berpegang teguh pada tuntutan Allah” ujar baginda.

Turut mengirungi Tengku Sri Temenggong Raja , Isteri beliau To’ Puan Seri Nabilah Dato’ Mahmud Khan.

Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan isteri To’ Puan Ramizah Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Ismail dan isteri To’ Puan Hanis Hamid , ahli-ahli pankuan diraja dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Terengganu.

Selain dari itu, Tengku Sri Temenggong Raja , Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Maal Hijrah 1439H/2017M peringkat negeri Terengganu.

 

Anugerah tokoh Maal Hijrah dimenangi oleh Tuan Haji Jaafar Haji Hassan dari Kuala Ibai , Kuala Terengganu dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, tajaan Umrah bernilai RM10,000 , sepasang persalinan , piala dan sijil penghargaan.

 

Manakala anugerah Masjid kerajaan terbaik dimenangi oleh Masjid Hadhari Jerteh Besut dan Masjid Mukim Terbaik dimenangi oleh Masjid Al Azhim Kerteh 3 Dungun serta anugerah  Surau Terbaik dimenangi Surau An Nur kg Tanah Lot, Batu 18 Hulu Terengganu.

 

Anugerah  Tokoh Dakwah (Anugerah Baru) dimenangi oleh Tn Hj Lambak  Ibrahim dari Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus dan Anugerah Keluarga Mithali dimenangi oleh Tn Hj Abd Latiff B.Taha dari Bukit Payong serta anugerah Tokoh Keluarga Tunggal Mithali dimenangi oleh Puan Fatimah Tan Abdullah dari Kampung Teluk Pasu,Manir.

 

Anugerah Aktivis Saudara Kita dimenangi oleh Pn Aini bt Abdullah(Minerva Delevon) dari Jalan  Nibung Stesyen Dungun, manakala Tokoh Hafiz dimenangi oleh Tn Hj Ahmad Radhi b. Ghazali dari Teluk Menara, Manir dan  anugerah Iman Cemerlang dimenangi oleh Tn Hj Azanul b. Muda dari Imam Masjid Durian Guling serta Tokoh Bilal Cemerlang dimenangi oleh Hj Wahab Embong dari Masjid Bukit Tok Beng, Kuala Nerus.

 

Anugerah Restoran Halal Terbaik dimenangi oleh Restoran Hotel Seri MalaysiaTerengganu dan anugerah tokoh Orang Kurang Upaya ( OKU) dimenangi oleh Muhammad Suhaimi Endut dari Putera Jaya , Setiu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here