Ulama pondok tolak PAN?

0
381

Menurut sumber, ulama pondok menolak perjuangan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Ini berdasarkan PAN hanyalah parti serpihan PAS di mana ahlinya 100% yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan di Muktamar PAS beberapa tahun yang lalu.

PAN dilihat hanyalah sebagai kuda tunggangan DAP dan terbukti apabila pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan baru-baru ini, PAN mendapat jumlah kerusi yang paling sedikit.

Warga pondok juga melihat Mat Sabu sebagai Presiden PAN hanya sekadar bertindak tidak lebih daripada ‘ayam jantan yang tidak bertaji’.

Memalukan apabila individu yang berteriak slogan islamik di pentas politik menentang hudud dan RUU355 yang cuba dibawa oleh parti lamanya, PAS.

Kalau ulama pondok rata-ratanya menolak PAS, maka PAN yang lahir daripada bekas pemimpin PAS yang kecewa sedikit pun tidak menjadi pilihan oleh masyarakat pondok di seluruh Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here