Tuna gergasi dijual RM1.3 juta seekor!

0
532

Tuna merupakan salah seekor ikan dijadikan sushi ataupun sashimi amat digemari oleh orang ramai. Pasar ikan paling popular di Jepun, Tsukiji Fish Market berjaya menjual seekor tuna seberat lebih 400 kilogram pada harga RM1.3 juta dalam sebuah lelongan.

Menurut The Guardian, beberapa ekor ikan tuna dijual di Tsukiji Fish Market yang ditangkap di perairan Aomori itu dilelong sejak awal pagi bermula 5.30 pagi dalam satu bidaan pada tahun lepas.

Difahamkan, bidaan atau lelongan dibuat sempena penutupan pasar itu berikutan mereka akan berpindah ke lokasi baru iaitu di Toyosu.

Pasar Tsukiji sememangnya popular dengan menjual hasil laut pada harga berpatutan. Tengok la betapa besar semua ikan-ikan yang dijual di situ.

Berikutan itu, pasar tersebut menjual ikan hingga mencecah kira-kira RM30 juta untuk memenuhi permintaan rakyat mereka yang begitu menggemari makanan laut.

Tidak lama lagi, pasar basah itu akan berpindah ke pasar baru yang lebih canggih dan bersih berikutan bangunan pasar sekarang mengalami retak di beberapa bahagian akibat gempa bumi serta tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here