Tubuh hancur dimamah mesin memproses bijih besi (2 Gambar)

0
252

GUA MUSANG – Dua buruh warga asing maut dalam keadaan mengerikan dengan sebahagian anggota badan mereka putus dan tercabut akibat tersepit dalam mesin memproses bijih besi di sebuah lombong dekat Aring 5, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.25 pagi itu, mangsa Mohamad Younus Ali, 38, yang merupakan warga Bangladesh dan Saleem Shah, 29, dari Pakistan dipercayai masuk ke dalam mesin bagi kerja-kerja menyelenggara.

Difahamkan, seorang pekerja lain telah membuka suis mesin terbabit sebelum mangsa sempat keluar menyebabkan anggota badan mereka dikisar mesin ter­babit.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan daripada orang awam.

Beliau memberitahu, pekerja yang dikatakan membuka suis terbabit dikenali sebagai Khan Amjad Ali, 21, bertindak menghilangkan diri.

‘‘Mangsa meninggal dunia dalam keadaan mengerikan iaitu sebahagian besar anggota badannya hancur dan tercabut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

‘‘Ketika ini usaha mengesan suspek yang merupakan warga Pakistan sedang giat dijalankan dan kami percaya suspek masih berada berhampiran kawasan lombong berkenaan,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here