TSG Fellowship Ride 2017 tarik 1,300 penyertaan

0
309
Peserta bersedia menyertai kayuhan santai TSG Fellowship Ride 2017 di Batu Buruk Kuala Terengganu hari ini.

Seramai 1,300 peserta dalam dan luar Negara telah menyertai kayuhan santai sempena TSG Fellowship Ride 2017 yang diadakan di Pantai Batu Buruk pagi ini.

Kayuhan sejauh 118 kilometer itu juga disertai pelumba basikal TSG seperti Anuar Manan, Adiq Husainie, Zamri Salleh, Harrif Salleh dan ramai lagi.

Program bermula di Dataran Pantai Batu Buruk kemudian melalui daerah Kuala Nerus sehingga ke Merang Setiu sebelum kembali ke Kuala Terengganu dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

Majlis flag off dilakukan oleh Timbalan Exco Pelancongan YB Tengku Zaihan Che Ku Rahman dan turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar, Pengarah Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) Dato’ Tengku Farouk Tengku Abdul Jalil dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu.

TSG Fellowship Ride merupakan program pertama yang dianjurkan oleh TSG yang berjaya menghimpunkan peminat sukan basikal dari seluruh tanah air dan Negara jiran yang dapat menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah han sukan basikal di Negara Malaysia.

Selain itu karnival ini juga dapat membantu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2017 dalam menarik pelancong domestic dan antarabangsa datang mengunjungi lokasi pelancongan menarik yang ada di negeri ini.

Antara aturcara lain yang dibuat sempena program adalah pertandingan memancing, melukis & mewarna kanak-kanak, jualan food truck, basikal kreatif dan cabutan bertuah.

TSG Festival berjaya menarik penajaan sebanyak RM120,000 daripada 34 buah syarikat pelbagai pihak termsuk syarikat terkemuka antarabangsa dan behasrat menjadikan ia sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan Terengganu. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here