TPM Lawat Kuala Besut Esok

0
664

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu, esok (Khamis).

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin akan melawat gerai di pasar nelayan serta minum pagi bersama para nelayan di Pasar Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Seberang Kastam, Kuala Besut, Besut.

Sejurus kemudian, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dijadualkan akan merasmikan majlis pelancaran ‘Jom Bertani’ peringkat kebangsaan di Tapak Perasmian Kampung Nyior Tujuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Besut.

“Pada sebelah petang, Tan Sri Muhyiddin dijadual menyampaikan ucaptama kepada warga pendidik negeri ini pada Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan di Hotel Tabung Haji, sebelum berlepas pulang ke ibu negara,” katanya di Wisma Darul Iman, semalam.

teganukita.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here