‘Tok Mun kata, dia pun boleh menang PRU 14’

0
3226

Terengganu Di Landasan Yang Betul, Terengganu Molek Doh

Rakyat negeri Terengganu harus mengambil iktibar diatas kesilapan memilih PAS  pada tahun 1999 sehingga  2004  untuk memerintah negeri ini dan disaran  tidak mengulangi kesilapan yang sama pada Pilihanraya Umum ke -14(PRU14).

Menteri Besar Terengganu , Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kita tidak boleh melakukan kesilapan , kerana untuk memperbetulkan kesilapan sehingga ke tahap hari ini dan bukan suatu perkara yang mudah.

Katanya, kenyataan Timbalan Presiden Pas yang yakin dapat merampas semula Terengganu adalah satu lumrah untuk sesiapa sahaja yang ingin bertanding kerana mahu memberi harapan dan keyakinan kepada penyokong mereka.

“Kalau tanya PAS, mereka akan kata boleh menang, tanya Parti Pribumi pun cakap boleh menang, Parti Amanah pun cakap boleh menang dan kalua kita tanya calon parti bebas (Tok Mun) dulu pun dia kata boleh menang pilihanraya.

“Terengganu kini berada di landasan yang betul (Terengganu Molek Doh), tiada ada sebab untuk tukar pemerintahan kerana ada lagi agenda pembangunan serta membantu rakyat yang perlu kita teruskan.

“Jadi rakyat perlu memberi peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan perjuangan kerana tiada lagi kerajaan yang sebaik BN berbanding parti-parti yang lain untuk memerintah negeri dan juga negara.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Terengganu Chinese Chamber Commerce & Industri dengan kerjasama Kelab Lion di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu hari ini.

Selain dari itu, Ahmad Razif berkata BN Terengganu telah bersedia dan tidak gentar  untuk berdepan dengan mana-mana parti lawan pada PRU14 nanti.

“Itu terpulang pada mereka nak guna strategi apa, bagi jentera BN, ianya bukan masalah , satu lawan satu atau 10 lawan satu, tiada masalah kerana yang paling penting kita sudah bersedia untuk pilihanraya bila-bila masa.

“Insya Allah, jentera kita sudah siap sedia dan paling penting kita nak meneruskan kesinambungan dalam menunaikan  semua janji-janji kita kepada rakyat,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here