Tingkat prestasi anak syarikat fokus PMINT 2018

0
236

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan memberi fokus untuk meningkatkan prestasi semua anak syarikatnya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Razaki Putih berkata, usaha ini perlu dilakukan dengan sebaik mungkin di sebalik ketidaktentuan ekonomi yang melanda negara ini.

‘2018 kita akan lalui keadaan ekonomi yang tidak menentu dan untuk itu kita harus bersedia mengharunginya dan yang paling penting iaiah kita nak mencapai satu tahap operational efficiency iaitu kita cuba improve internal proses supaya produktiviti dapat ditingkatkan pada masa yang sama kos pengeluaran dapat dikurangkan supaya pada akhirnya kita dapat mengekalkan kedudukan keuntungan syarikat pada umumnya’.

‘Tumpuan juga akan diberi kepada beberapa anak syarikat pada masa ini kita mempunyai tujuh anak syarikat dan sebahagian anak syarikat berada dalam keadaan tidak bgitu baik dan kita perlu memberi fokus dan bantuan yang sebaik mungkin supaya mereka dapat terkeluar dari tahap kritikal dan dapat beroperasi dengan baik bagi mengharungi ekonomi yang getir secara keseluruhan’, katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif PMINT Samiun Salleh.

Tambahnya, PMINT akan membuat penilaian terhadap anak syarikat bagi menentukan syarikat yang akan dikekalkan atau dikeluarkan daripada PMINT bagi memastikan anak syarikat ini terus berdaya saing mengikut keadaan dan keperluan semasa. – sumber Terengganu.News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here