*TIADA Dikriminasi Dalam Pengagihan Insentif FELDA*

0
251

Peneroka FELDA Jerangau kecewa kerana dinafikan hak penerimaan insentif RM5,000 dan dana raya untuk mereka sebagaimana diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Boleh dikatakan ramai juga yang terlepas dengan apa yang diberikan oleh Perdana Menteri ini kerana beberapa faktor yang melibatkan dasar-dasar FELDA.

Malah bukan sahaja peneroka FELDA di Jerangau akan tetapi ia melibatkan keseluruhan peneroka FELDA yang ada didalam negara ini.

Ada dari kalangan peneroka sudah tidak bersama FELDA dan keluar dari program-progam yang diadakan oleh FELDA dan mungkin apa dibangkitkan oleh mereka seperti laporan akhbar online harakahdaily 4 november lalu.

Menurut portal berkenaan peneroka kawasan tersebut tidak menerima insentif yang diberikan Perdana Menteri dan ianya tiada kaitan politik dalam pelaksaannya jika menepati apa yang FELDA mahukan.

Hakikatnya isu ini cuba dikelirukan oleh pembangkang. Seorang peneroka Muhamad Daud Kasim berkata, dia sedar keputusannya adalah salah setelah mengalami kesusahan menguruskan perbelanjaan kebun sendiri yang selama ini ditanggung oleh FELDA selepas keluar dari FELDA.

Dia terpaksa berusaha sendiri mencari perbelanjaan kebun dan mencari pembeli hasil sawit meski pun pulangan yang diterima semula tidak berbaloi.

“Apabila keluar dari FELDA, FELDA tidak akan menyara perbelanjaan kebun (baja, menuai, pengangkutan), saya perlu keluar duit sendiri. FELDA memberikan jalan penyelesaian (pembayaran seminggu sekali) yang terbaik kepada peneroka, membuka mata saya. Saya ambil peluang kembali semula kepada FELDA.

“Pada saya, saya mesti patuh dengan FELDA walaupun nama tanah dan geran adalah nama saya. Jadi, saya berterima kasih kepada FELDA dan bersyukur FELDA terima saya semula,” katanya.

Seorang lagi peneroka, Muhammad Hassan Harus dari FELDA Trolak Selatan melihat kesusahan kehidupan peneroka lain yang tidak bekerjasama dengan FELDA membuatkan dirinya berpatah balik ke FELDA.

“Saya tengok peneroka-peneroka yang tidak bekerjasama dan menghantar hasil kepada FELDA, menjadi masalah dalam kehidupan mereka untuk menanggung keluarga mereka. Dan ia juga menjadi masalah di masa hadapan.

“Pengurusan penjualan hasil bila diserah kepada FELDA, semua perbelanjaan dijamin oleh FELDA, saya tidak perlu risau lagi. Walaupun ada masalah kecil, itu perkara biasa dan saya yakin FELDA akan lebih berjaya,” beritahu Muhammad Hassan.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi peluang kepada peneroka-peneroka untuk kembali bermuafakat bersama FELDA ketika sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya, 23 Julai lalu.

Najib berkata atas nawaitu (niat) yang mulia dan semangat permuafakatan, buat pertama kalinya, beliau mengumumkan akan memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan peneroka yang menyaman FELDA, untuk kembali bermuafakat bersama FELDA.

Kembali bermuafakat bersama FELDA ini adalah bagi tempoh enam bulan, bermula Ogos 2017 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan FELDA.

Najib berkata bagi peneroka yang kembali bermufakat nanti, mereka layak untuk menerima enam insentif yang diumumkan dalam sambutan hari peneroka tersebut bermula Februari 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here