THT, KLHC rebut piala Liga Perdana 2018

0
1066

Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan membuat penghitungan demgan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) untuk menentukan siapa yang akan bergelar juara Liga Perdana 2018 pada perlawanan terakhir
Stadium Hoki Kuala Lumpur petang esok.

THT yang kini menjadi pendahulu liga dengan mengumpul 21 mata memperoleh kemenangan selesa 4-2 ke atas TNB Thunderbolts hasil jaringan Lopez Barreiros minit ke-11, Moritz Erhard (36), Gonzalo Peillat (41) dan B Namasivayam (46).

Sementara bagi KLHC pula menang besar 4-0 ke atas TNB untuk kedudukan kedua terbaik liga di gelanggang yang sama kelmarin.

Aksi ini akan menjadi pembakar semangat untuk THT menebus kekecewaan yang kecewa terlepas dua kejuaraan iaitu Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih kepada KLHC awal bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here