THT azam juarai Piala Sumbangsih 2018

0
744

Pasukan Hoki Terengganu (THT) mahu melakar sejarah dengan menjuarai Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas dijadualkan bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) hari ini.

EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia YB Dato’ Rozi Mamat berkata, pasukan THT telah membuat persediaan terbaik termasuk telah membariskan emoat pemain import dari Argentina dan Pakistan.

‘Harap THT cipta kejayaan kerana jika kita menang Piala Sumbangsih esok ia merupakan pertama kali dalam sejarah hoki Terengganu’.

‘Setelah kita lalui proses persediaan yang begitu rapi sy yakin dengan dibantu oleh pemain import Argentina, Jerman dan Pakistan yang bertaraf terbaik dunia say yakin gandingan pemain muda dari Terengganu yamg ramai ditonjolkan pada kali ini dan insyaallah kita mampu melakukannya’ katanya selepas Majlis Memperkenalkan Pemain THT dan TLHT 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Permai malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Presiden 1 PHT Solah Fikri Abu Bakar.

Sementara itu bagi ketua jurulatih THT Sarjit Singh, perlawanan hari ini akan dijadikan sebagai misi menebus kehampaan selepas tewas dalam Piala Tan Sri P Alagendra kepada lawan yang sama.

‘Kita nak menang esok (hari ini) melawan KLHC dan jika kita mampu ambil peluang kita mampu kejutkan pasukan lawan

‘Last year (dalam perlawanan dengan KLHC) kita seri 2 kali dan kali ini akan pastikan kita menang’.

‘Last match kita tidak bernasib baik dan ada masa kita menang sometime kita kalah kerana semua team berkeinginan mahu kalahkan THT’.

‘Saingan tahun ini sangat sengit dan apa yang penting moral pemain kita harus bersedia untuk menang’, tambahnya.

Untuk musim 2018 THT diperkuatkan empat pemain kebangsaan Argentina selain pemain adik beradik Faizal dan Fitri Saari dalam misi mempertahankan piala Liga Hoki Malaysia (MHL). – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here