‘Thank you anje, i love you’ – Raf Yaakob kongsi video sweet Mawar beri kejutan hari lahir

0
579

Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob meluahkan rasa terharu dan mencium pipi isterinya sebagai tanda sayang kerana membuat kejutan sempena hari lahirnya yang ke-33.

Raf berkongsi momen sweet tersebut menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Video tersebut merakamkan wajah terkejut Raf sebaik saja melihat biliknya dihiasi dengan belon beserta kelopak bunga yang disusun sehingga menjadi bentuk hati di atas katilnya.

Video pendek itu dirakamkan sendiri oleh Mawar yang menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat suami tercinta.

Selain itu, menerusi kapsyen di entri video tersebut, Raf juga turut menulis ucapan menyentuh hati buat Mawar.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Raf dan Mawar panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak dan sentiasa bahagia.

Foto: Instagram @rafyaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here