TDI perlu RM 12 juta setahun bantu rakyat

0
282

Perbelanjaan Tabung Darul Iman (TDI) setiap bulan semakin meningkat bagi memenuhi keperluan kesihatan untuk rakyat negeri Terengganu mendapat rawatan yang sempurna.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Tabung Darul Iman hari ini memerlukan perbelanjaan yang besar, dari hari ke hari perbelanjaan kesihatan untuk tabung kronik semakin meningkat.

Katanya, kerajaan negeri perlu mencari fund (dana) dengan pelbagai alternative menerusi badan bukan kerajaan (NGO) dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri, katanya ketika sidang media selepas perasmian Karnival Jom Sihat anjuran Terengganu Chinese Chamber Commerce & Industries dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di Ruang Legar, Paya Bunga Square pagi ini.

Menurut beliau, Terengganu Chinese Chamber dan juga lain-lain kelab sebenarnya di Terengganu telah banyak membantu kerajaan negeri sebelum ini dan sebagai contoh pusat rehab di Seberang Takir dan juga Hemodialisis yang telah memberi manfaat kepada rakyat.

‘Kita akan teruskan, mungkin lepas pada ini Terengganu Chinese Chamber boleh mula membantu kerajaan untuk mengisi tabung kronik dan secara langsung membantu rakyat selepas daripada ini,

‘Dengan ini kita akan dapat lebih banyak memberi perkhidmatan kesihatan yang mana boleh kita berikan kepada rakyat Terengganu keseluruhannya’

‘Sebelum ini perbelanjaan tabung kronik hanya RM 500 ribu saja sebulan dan kini telah meningkat kepada RM 800 ribu hingga RM 1 juta sebulan bermakna dalam satu tahun kita memerlukan perbelanjaan dalam RM 12 juta setahun’, katanya.

Sehubungan dengan itu juga Ahmad Razif meminta Terengganu Chinese Chamber Commerce & Industries dan Kelab Lions Kuala Terengganu dapat membantu menyumbang dana kepada TDI, katanya.

Selain itu Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sedang memikirkan bagaimana altenatif untuk kita mengisi dana TDI dan mencari alternatif-alternatif lain daripada mana-mana pihak untuk melakukan pemotongan gaji untuk tabung ini.

‘Insyaallah… jika niat kita ikhlas untuk membantu, maka Allah SWT akan memudahkan segala urusannya nanti’, ujarnya. – https://terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here