*TAWARAN QURBAN PERDANA 2017 UMNO KUALA TERENGGANU DIBUKA*

0
605

Kuala Terengganu – UMNO Bahagian Kuala Terengganu(UBKT) mula membuka pendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan ibadah QURBAN PERDANA 2017 yang akan diadakan pada hari raya ke 2 Aidil Adha 1438 H.

Tawaran ibadah qurban ini kebiasaannya terbuka kepada seluruh penduduk Parlimen Kuala Terengganu sahaja seperti mana yang dibuat pada tahun sebelumnya.

Tempat ibadah tersebut akan diadakan di Padang Bola Kampung Bukit Besar berhadapan Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Menurut Pengerusi Biro Agama dan Dakwah UBKT Haji Ahmad Roslim Jaafar, bagi yang berminat boleh mengisi borang di pejabat UMNO di Gong Kapas dengan disertakan bayaran untuk bahgian qurban.

Katanya, tahun ini pihak urusetia Qurban Perdana UBKT akan menyediakan lembu qurban mengikut permintaan dari orang ramai dan jumlah bayaran qurban sebanyak RM 400 untuk satu bahagian qurban.

“Untuk bayaran bahagian qurban ini, kita hanya menetapkan RM400 sahaja dan lebihan harga atau lain-lain kos pengurusan akan ditanggung sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Kuala Terengganu,

“Pada tahun 2016 pihak UBKT telah menyediakan 25 ekor lembu dan tahun sebelumnya(2015)  sebanyak 33 ekor lembu,

“Insya Allah… pada tahun ini dengan hebahan lebih awal kita menjangkakan sebanyak 40 ekor lembu dapat dikumpulkan untuk program Qurban Perdana 2017”, katanya ketika dihubungi Terengganu Times pagi ini.

Selain itu, sesiapa yang berminat atau untuk mendapat maklumat boleh menghubungi talian yang disediakan pihak UMNO Bahagian Kuala Terengganu (09-6231071).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here