Tangki Petronas di Kertih terbakar

0
7659

KERTEH – PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebakaran pada sebuah tangki di kilang penapisan Kerteh kira-kira 8 malam hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Petronas Penapisan Terengganu, pasukan respon kecemasannya segera diaktifkan sejurus kejadian itu dan turut mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kerteh serta berjaya memadamkan itu kira-kira 10 malam.

“Insiden berkenaan tidak menyebabkan kecederaan serta tidak memberi risiko kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.

“Petronas Penapisan Terengganu bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenal pasti punca kejadian berkenaan,” katanya.

Kenyataan itu juga mengesahkan bahawa kebakaran berkenaan membabitkan tangki cecair hidrokarbon yang terjadi daripada sumber gas atau minyak.

“Dalam keadaan suhu dan tekanan sekitar menyebabkan ia akan menjadi seperti bensin dan mudah terbakar,” katanya. HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here