Tambang bas sekolah dijangka naik RM10 hingga RM20

0
140

Kadar tambang bas sekolah untuk sesi persekolahan pada tahun hadapan dijangka meningkat antara RM10 hingga RM20.

Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Rofik Mohd.Yusof berkata, kenaikan tersebut terpaksa dilakukan berikutan peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti dan kos penyelenggaraan.

Jelasnya, harga minyak yang tidak menentu setiap minggu turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pengusaha terlibat.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat pengusaha bas sekolah yang akan menaikkan tambang untuk membolehkan mereka terus memberikan perkhidmatan tersebut.

“Selain itu, kita juga menjangkakan akan berlaku kenaikan sebanyak RM10 untuk kawasan luar bandar manakala sebanyak RM20 untuk kawasan bandar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here