TAMAN ILMU : Perlaksanaan MB Razif

0
748


Projek Taman Ilmu dirancang pada tahun 2004 selepas Terengganu kembali kepada Kerajaan BN Terengganu selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama 5 tahun 1999 hingga mac 2004.

Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk mewujudkan satu pusat pendidikan utama negeri Terengganu yang diberi nama sebagai Taman Ilmu.

Hasrat itu menjadi kenyataan setelah mesyuarat kerajaan  negeri bersetuju untuk membuka tanah seluas 280 hektar di Tembila Besut sebagai Hub Pendidikan negeri Terengganu dengan jumlah kos keseluruhan RM400 juta.

Pembangunan itu adalah dari Rancangan Malaysia Kesembilan yang mana ianya dibangunkan dibawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai tahun 2007.

Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan pantai timur semenanjung terutamanya di Terengganu.

Setiap negeri di pantai timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi wilayah ekonomi pantai timur.

Projek keseluruhan Taman Ilmu yang mana berkomposisikan komponan bangunan termasuk perpustakaan, kolej kediaman, mini stadium, dewan konvensyen, dewan kuliah dan masjid telah berjaya disiapkan pada tahun 2012.

Ketika itu kerajaan BN Terengganu menyiapkan keseluruhan fasiliti untuk kegunaan para warga Taman Ilmu kini dan akan datang dimana ketika itu keseluruhan 90 peratus siap melibatkan 14 kontraktor tempatan.

 


RANCANGAN DAN PERLAKSANAAN

Kini fasa baru Taman Ilmu bermula dibawah Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang terus memandang kehadapan bagi meneruskan agenda pembangunan pendidikan negeri Terengganu.

Tertangguh bukan bermakna projek kepentingan rakyat akan diabaikan dan diberhentikan terus pembinaannya.

Terengganu yang dikenali sebagai ‘Negeri Anjung Ilmu’ akan mencipta sejarah tersendiri dibawah pentadbiran kerajaan BN Terengganu menerusi MB Razif dimana Taman Ilmu mula diisi dengan beberapa buah universiti.

Ketika ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mana telah menempatkan pelajar mereka seramai 250 orang pelajar lelaki dari Kampus Besut  dan bakal diisi lagi sehingga 500 orang setelah siap dibaikpulih blok asrama yang ke dua nanti.


Selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Aswara ditubuhkan pada 1994 dengan nama asal Akademi Seni Kebangsaan akan dijenamakan sebagai Universiti P.Ramlee (UPR) sempena penghargaan kerajaan atas sumbangan seniman agung itu dalam industri hiburan tanah air.

Satu perjanjian akan dimeterai oleh pihak kerajaan BN Terengganu dengan UMK serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada pertengahan Mac ini serta perkembangan itu juga, Terengganu akan memiliki sebuah lagi universiti awam tempatan.

Menurut MB Razif sebelum ini, konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT ingin membuka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sendiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium.

Katanya, semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir.

‘Taman Ilmu ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA, IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan negeri Terengganu.

Hari ini dengan slogan ‘Terengganu Molek Doh’ dan ianya berada di landasan yang betul dan terbaik bagi memacu sebuah kerajaan yang cukup cakna akan pendidikan rakyatnya yang mana melahirkan rakyat yang berilmu,beramal dan berbakti suatu hari nanti.

SALAH LAPOR DAN FITNAH

Kenapa dikatakan salah lapor? Pihak yang berkepentingan politik akan melihat dari sudut yang negatif dan cuba menutup kebenaran. Paling teruk, mereka melapor dengan niat jahat agar rakyat Terengganu khasnya keliru tentang apakah perancangan dan perlaksanaan yang sedang berjalan di projek yang bakal membawa banyak manfaat kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.

Kenapa tidak laporkan tentang fasa pembinaan yang telah siap dan sudah diguna pakai? Masjid Taman Ilmu sudah sempurna pembinaan dan kegunaannya meliputi solat 5 waktu, solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri termasuk Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha.

Kalau jujur maka lapor secara keseluruhan apa sebenarnya ‘berlaku’ di Taman Ilmu. UniSZA juga telah menggunakan 2 blok bangunan di Taman Ilmu sebagai asrama kediaman pelajar. Kenapa perkara sebegini tidak dilaporkan?

Betulkan laporan dan bukannya meneruskan salah lapor hanya bersandarkan ‘pembuktian’ penglihatan mata kasar.

Perlu timbulkan persoalan samada kepada pihak yang sedang menguruskan Taman Ilmu atau pun sekurangnya bertanyakan diri sendiri. Lojikkah ‘spotlight’ tumbang sendiri akibat tidak dijaga selama lebih 6 bulan?

Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamat yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan penmcerobahan  yang cukup terancang.

Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar 3 tan ditumbangkan sebanyak 4 unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium dan ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut.

Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencurui dan merompak?

Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan.

PENCEROBOHAN DAN KESELAMATAN

Kerajaan negeri telah mewartakan kawasan Taman Ilmu itu sebagai kawasan larangan kepada orang awam dan jika ingin memasuki kawasan berkenaan seharusnya mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan.

Kesalahan menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan didakwa mengikut “Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959” dalam erti kata “kawasan larangan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 4;.

BACA LAGI DI SINI

Taman Ilmu: Ketua UPU Bandar Jerteh ceroboh untuk memfitnah? – http://terengganutimes.com/taman-ilmu-ketua-upu-bandar-jerteh-ceroboh-untuk-memfitnah

Taman Ilmu Besut bakal menampung sebuah lagi universiti – MB Razif – http://terengganutimes.com/taman-ilmu-besut-bakal-menampung-sebuah-lagi-universiti-mb-razif

Taman Ilmu: Jawapan Kepada Tohmahan Bahagian II – http://terengganutimes.com/taman-ilmu-jawapan-kepada-tohmahan-bahagian-ii

Taman Ilmu : Jawapan Bahagian 1
http://terengganutimes.com/taman-ilmu-jawapan-bahagian-1

Asrama UniSZA di Taman Ilmu Besut siap dibaik pulih – http://terengganutimes.com/asrama-unisza-di-taman-ilmu-besut-siap-dibaik-pulih

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here