SSTTB Memulakan Operasi Pagi Ini di Permatang Pauh

0
384

 

PULAU PINANG – Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) telah memulakan operasi pasca banjir di Pulau Pinang bermula 9.00 pagi ini.

Seramai 200 orang peserta SSTTB  memulakan kerja-kerja membersih rumah penduduk yang ditenggelami banjir dua hari lalu dibahagikkan ke   empat buah kampung yang terjejas.

Antara kampung yang terlibat kawasan operasi Kampung Belah Dua, Kampung Mukim Enam, Kampung Pertama dan Kampung Terus di Parlimen Permatang Pauh.

Pada sebelah petang SSTTB akan membersih kawasan Sekolah Agama Rakyat Al Madiah Padang  Lalang.

Dijangka Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu YB Dato’ Rozi Mamat  dan Ketua Pergerakan Pumuda UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar akan bersama SSTBB petang disini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here