SSTTB Akan Ke Sempadan Bangladesh Bantu Pelarian Rohingya – MB

0
170

Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) akan dihantar ke Pusat Pelarian di sempadan Bangladesh jika keadaan memerlukan untuk proses penghantaran bantuan ke negara bergolak tersebut.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri bersedia menghantar sukarelawan yang berminat dan boleh mendaftar dengan Unit Transformasi Terengganu Baharu (UTTB) bermula sekarang.

Beliau  berkata, Terengganu akan melancarkan Tabung Khas Rohingya bagi membantu rakyat Islam tertindas disana dalam masa terdekat ini katanya selepas di Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu ke Luar Negara Tahun 2017 (Program Berkembar Nottingham University, UK) Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad Razif berkata, dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi telah membuat keputusan pada Jumaat ini kita akan minta semua masjid untuk mengadakan solat hajat untuk menyelamatkan orang Rohingya yang kita difahamkan telah ditindas dan berlaku kezaliman dan kita minta mereka diselamatkan dan kehidupan mereka kembali seperti biasa’.

‘Insyaallah kerajaan negeri telah buat keputusan akan melancarkan Tabung Khas Rohingya dan akan buat persediaan skuad sukarelawan TTB untuk dibantu mana-mana yang perlu dan jika perlu ke Bangladesh kita tiada masalah kita akan hntar sukarelawan kita’.

‘Kita akan minta bantuan semua pihak untuk menyalurkan sumbangn bagi membantu masyarakat Rohingya’.

‘Pasukan ini di bawah Dato’ Rozi Mamat selaku EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia untuk melaksanakan dan persiapan skuad sukarelawan secepat yang mungkin, katanya

Minggu ini Media antarabangsa melaporkan lebih 90,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergunungan tanpa bekalan asas.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen kerajaan untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh iaitu negara jiran Myanmar. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here