Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis

0
335

Pelakon popular Sofi Jikan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas tiga hari direman kerana positif ganja.

Pelakon KL Gangster disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya setelah ditahan di balai polis Mutiara Damansara, lapor Harian Metro.

Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ketika itu hadir memberi keterangan berhubung aduan Datuk Farid Kamil Zahari hujung bulan lalu.

Dalam aduannya, Farid mendakwa beliau dianiaya rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga berkelakuan agresif 11 Januari lalu.

Beliau menamakan seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi terkenal dengan irama R&B pada 1990-an dan seorang lagi pelakon.

Tidak jelas Sofi dinamakan dalam aduan itu atau hanya membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here