‘Siapa dia mahu pertikai keputusan mesyuarat PH Terengganu’ – Hasbie

0
445

BEBERAPA hari ini rakyat Terengganu dikejutkan dengan paparan berita dari Pakatan Harapan yang berebut kerusi yang mahu ditandingi dinegeri ini.

Sindir menyindir keluar dari pimpinan peringkat negeri dan juga peringkat pusat diman mereka saling tidakmahu mengalah dengan apa yang diputuskan oleh majlis presiden mereka.

Di Negeri Terengganu perbalahan ala-ala pasar pagi berlaku diantara Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dan Parti Amanah Negera (PAN) yang mereka mendakwa parti mereka yang terkuat dan terbaik di Terengganu.

PAN mendakwa mereka lebih lama bertapak dalam politik di Terengganu berbanding BUNGE yang baru hidup setahun jagung untuk mendakwa bahawa mereka terkuat dalam tiga parti pakatan yang ada bersama Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Hasbie Muda, sebelum ini muafakat PH Terengganu cukup erat. Isu dalaman tidak pernah didedahkan oleh pimpinan apatah lagi serang dan hentam di FB.

Katanya, apabila timbul isu seorang ahli AMANAH Terengganu kritik pemimpin PKR, parti nasihatkan beliau lepaskan jawatan dalam parti. Ahli tersebut akur.

“Malahan beberapa bulan yang lepas ahli tersebut keluar AMANAH atas alasan tak mahu tindakannya dikaitkan dengan AMANAH”

“Malangnya Setiausaha PPBM Terengganu Hambali Latif berterusan menyerang pimpinan parti rakan secara terbuka walaupun telah berulang kali ditegur”

“Apa sebenarnya agenda tersirat? Siapa yang arahkan kamu bertindak sedemikian? Adakah PPBM Terengganu merestui tindakan Hambali?”, soalnya.

Beliau merujuk kepada Setiausaha Bunge Hambali Abdul Latiff dan juga Setiausaha kerja Bunge Terengganu Nasyuha Fadzly.

Perbalahan itu berpuncai selepas Mesyuarat PH Terengganu yang telah selesai memuktamadkan sebahagian besar kerusi DUN manakala baki kerusi yang tiada kata sepakat diserahkan kepada pusat untuk diputuskan.

Tambah Hasbie, malangnya suara-suara sumbang masih kedengaran dari kalangan pimpinan PH Negeri sendiri menghentam Pengerusi PH Terengganu ( Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad) di FB secara terbuka dan memfitnah AMANAH dengan pelbagai tuduhan, katanya.

RAKYAT perlu menilai APAKAH niat mereka untuk mengambil bahagian dalam system pilihanraya dinegara ini  dan nyata hanya kerakusan untuk menjadi kaya raya dengan kuasa politik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here