Sheikh Sniper Bunuh Lebih 300 Militan Daesh Gugur

0
762

BAGHDAD – Seorang penembak hendap ‘legenda’ yang berjaya membunuh sekurang-kurangnya 320 militan pengganas Daesh, akhirnya disahkan gugur di medan peperangan pada Jumaat minggu lalu.

Abu Tahsin al-Salhi – yang turut digelar sebagai Sheikh of Snipers (Sheikh Penembak Hendap) dan Hawk Eye (orang tajam mata helang) – sebelum ini dikatakan menembak mati sekurang-kurangnya empat orang sehari.

Menurut akhbar The Sun, allahyarham amat dikenali kerana sering memakai sarung tangan tanpa jari dan seledang kotak-kotaknya setiap kali beliau keluar memburu anggota militan tersebut dengan menunggang motosikalnya.

Satu rakaman video yang pernah dikeluarkan pihak berkuasa Iraq awal tahun ini memaparkan Abu Tahsin baru sahaja menembak hendap seorang militan sekali gus membunuhnya. “Hari ini saya hanya tembak mati dua orang!

“Ini memang tidak masuk akal. Jumlah paling sedikit bagi saya adalah empat orang setiap hari. Sekarang saya sudah pun membunuh 320 orang sahaja,” jelas allahyarham yang dilaporkan gugur mati syahid dalam usia 63 tahun.

Beliau menajamkan bakat kemahiran dalam lima perang besar di rantau Asia Barat, sejak zaman konflik Arab-Israel pada 1973 sebelum ke Lubnan, Perang Iran-Iraq 1980-1988, penaklukan Kuwait 1990 dan Perang Teluk 2003.

Jenazah Abu Tahsin disemadikan dekat bandar raya pelabuhan Basra, di selatan Iraq pada Sabtu lalu dengan penuh sambutan meriah dalam kalangan penduduk setempat termasuk peti kerandanya dibalut bendera negara tersebut.

The Sun menambah bahawa allahyarham terkorban ketika operasi menakluki Hawija di utara Iraq apabila beberapa pasukan prokerajaan sibuk melancarkan serangan memerangi Daesh di wilayah itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here