Semakin Serius: Jusuf Kalla Mahu Tun M Mohon Maaf

0
412

JAKARTA – Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah meminta mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad agar memohon maaf secara terbuka kerana menghina keturunan Bugis dalam ucapan kontroversi beliau pada 14 Oktober lalu.

Jusuf Kalla berkata, beliau terkejut mengetahui ucapan Dr Mahathir yang memberikan komen menghina terhadap pesaing politiknya dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang lanun kerana berasal dari keturunan Bugis.

“Pertama sebagai orang Bugis saya memprotes dan terkejut, jadi Mahathir harus meminta maaf sebab Bugis bukan hanya di Sulawesi Selatan, tetapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” kata Kalla di Jakarta hari ini seperti dilaporkan media berpengaruh negara itu, Antara.

Kalla menambah bahawa Mahathir harus membetulkan kenyataannya kerana ia berbahaya kepada keturunan Bugis dan tidak sepatutnya dibuat dalam ucapan politiknya.

“Mahathir mesti membetulkan, tidak menghubungkan (suku),” kata Kalla.

Dalam ucapan politiknya di Petaling Jaya, kerana dendam dengan Najib, Tun Dr Mahathir menyatakan keturunan Bugis sebagai pencuri dan penyangak.

Selepas kenyataan itu muncul, Mahathir menerima pelbagai reaksi dan kritikan terutama dari keturunan Bugis.

Bantahan keras telah disampaikan oleh Persatuan Perpaduan Bugis Melayu Bersatu (PPRBMM) di hadapan Yayasan Perdana Kepimpinan di Putrajaya pada 18 Oktober lalu.

Mereka menggesa Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mengatakan Bugis sebagai lanun.

Bukan sekadar tidak memohon maaf, Tun Dr Mahathir dilihat seolah-olah memperlekehkan persatuaan berkenaan kerana datang ke yayasannya pada hari cuti umum Deepavali. – MYNEWSHUB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here