‘Selepas lebih sejam CPR, kami berhenti dan biarkan dia pergi dengan tenang’

0
891

Tabiat merokok telah menjadi sesuatu yang normal di dalam masyarakat kita, tidak kira jantina mahupun peringat umur. Mereka sedar tentang keburukan akibat merokok, namun masih ramai yang memilih untuk meneruskan tabiat tersebut.

Terbaru, seorang doktor yang bertugas Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu telah menceritakan pengalaman dahsyat beliau di dalam Facebook miliknya apabila gagal menyelamatkan seorang perokok tegar yang mengalami masalah paru-paru yang kritikal.

Ikuti perkongsian doktor tersbut di bawah:

Selamat pagi.

Orang lain baru nak bersiap pergi kerja, saya masih terpacak kat hospital sejak pukul 8 pagi semalam dan berterusan sampailah pukul 5 petang nanti. Kalau oncall memang boleh jadi spesis zombie kampung pisang.

Hari ni saya nak kongsikan satu kes pesakit saya sewaktu oncall semalam. Saya medical MO in charge casualty (kecemasan), referrals satu hospital dan ICU. Memang penat, kadang-kadang saya mengeluh tapi tu tanggungjawab so saya tak boleh kompelin banyak.

Pukul 10 malam, referred case dari district sampai. John Doe, 44 tahun, bujang, tak pernah sakit apa-apa sebelum ni, chronic smoker. Datang-datang saja memang dah intubated (memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin ventilator) dan tekanan darah sangat rendah (terpaksa support dengan inotrope-ubat untuk bantu naikkan tekanan darah).

Tengok chest-x ray sangat teruk terutamanya bahagian kanan paru-paru. So saya minta bapa pesakit masuk, ambik history segala. Pendek kata, pesakit tak sihat cuma dua hari. Batuk-batuk, sesak nafas dan makin teruk sebab tu bawa ke hospital.

Saya : dia merokok ke pakcik? (Soalan standard yang saya tanya kalau pesakit datang dengan simptom yang berkaitan dengan pernafasan)

Pakcik : ya, doktor. Kuat betul dia ni merokok, sampai satu kotak satu hari.

Saya : oo… (Tak hairan sbb ada pesakit sampai dua kotak sehari. Serius hardcore, gaya macam fogging paru-paru okey)

Habis attend pesakit tu, saya jalankan tugas macam biasa. Turun naik wad. Tengok mana yang perlu. Jam 5 pagi, handphone saya berbunyi, nombor hospital. Kawan (casualty MO) telefon.

Kawan : emy, patient yang lobar pneumonia tu asystole. Dah CPR dua kali, revived, asystole balik, sekarang tengah CPR, macam tak okey ni.

Saya : huh? Sh*t. (saya mencarut kalau risau, terkejut, marah)

Sampai casualty, colleagues masih CPR, revived (jantung berdegup), asystole (berhenti berdegup), CPR, revived, asystole, cycles yang sama berulang-ulang, tak sedar dah hampir sejam CPR sampai bila nak CPR. Prognosis is poor (keadaan pesakit dah betul-betul kritikal). Ventilator settings pun dah paling tinggi, bermaksud mesin pernafasan pun dah tak dapat bantu paru-paru dia untuk terus berfungsi.

So terpaksa panggil semua ahli keluarga yang ada termasuklah kedua orang tua pesakit. Bila tengok satu persatu riak wajah ahli keluarga. Sedih gila dan sangat mengharap.

Diterangkan keadaan dia sekarang sangat kritikal. Jantung berhenti dan paru-paru pun dah tak dapat berfungsi. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia tapi kami berhenti sampai sini saja.

Dan ahli keluarga mula nangis, paling sedih tengok muka mak bapak dia. Muka speechlesss dan terkejut tahap tak tahu nak cakap apa.

Seriously, belajar ambik medic 7 tahun, there is no textbook way for us to break bad news. Lagi-lagi dengan ibu bapa pesakit. Hancus hujan petus dalam hati.

Nak CPR sampai bila, sampai matahari terbit? Sampai petang? Selepas lebih satu jam CPR, kami berhenti biarkan dia pergi dengan tenang.

Bila ahli keluarga masuk, mak pesakit peluk saya dan kawan lagi satu.

Makcik : kenapa doktor? Kenapa tak dapat kasi selamat dia? (Makcik menangis2)

Saya dengan kawan speechless. Saya rasa mata saya berair, nasib baik masih pakai mask muka.

Dear makcik, kami bukan Tuhan. Kami pun manusia biasa juga. Pagi ni orang pertama yang saya mesej adalah encik suami.

Saya : my patient died.

Say no to smoking. Hentikan merokok. Jangan merokok. Itu adalah salah satu risiko yang pesakit ada hingga menyebabkan fungsi paru-paru dia sangat teruk, ditambah lagi dengan superimposed infection yang ada. Again say no to smoking! Mungkin lain kali saya akan tulis tentang smoking awareness untuk buku seterusnya.

Sumber: Emy Roberto

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here