‘Selamat Malam Rohingya’ – MB

0
278

Sayu dan hiba mendengar sajak yang didendangkan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pagi tadi semasa majlis perasmian pelancaran Tabung Terengganu Untuk Rohingya “Sekampit Beras Untuk Rohingya” peringkat badan bukan kerajaan (NGO) anak Terengganu di sekitar Lembah Klang di perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Sajak yang di deklamasikan oleh Menteri Besar Terengganu dengan lenggok sajaknya disertakan alunan muzik yang nyata menyentuh hati dan perasaan.

‘Selamat Malam Rohingya’

Komposer : Syed Amran Syed Omar
Lirik : Zainal Rashid Ahmad
Penyanyi Asal : SAHABAT

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahtera lah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas tali nya

Didalam Negara Malaysia ini dihuni dengan pelbagai kaum dan ethnic, berbeza budaya dan agama tapi masih boleh hidup dengan aman dan damai kerana mempunyai pemerintah utama dari kalangan orang=orang Islam.

Bersyukurlah kita berada di bumi bertuah ini yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah S.W.T.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here