Selamat ‘bercuti’ di Penjara Kajang darling…

0
1117

Pada sekitar tahun lepas, rumah tangga Maria Farida dengan suami barunya dikatakan hampir retak semuanya berpunca daripada bekas isteri suaminya itu yang sering menfitnahnya dan Maria terpaksa memfailkan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya itu.

Hadijah Mokthar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan merupakan kawan baik BFF Maria Farida sebelum kedua-dua mereka saling bercakaran setelah pelakon jelita itu mendirikan rumah tangga bersama dengan bekas suami Karen Rayyan.

Terbaru, Maria Farida melalui laman Instagramnya telah memuatnaik sebuah status yang mengucapkan kesyukuran setelah kemenangan berpihak pada beliau.

Maria turut memberitahu bahawa sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.

Beliau juga berasa kesal setelah ramai pihak yang memandang serong terhadapnya gara-gara fitnah yang dibuat oleh bekas isteri suaminya itu.

Tambah Maria lagi, Mahkamah juga memerintahkan Hadijah jalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya hadiri perbicaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here