Sayu! Suami kutip cebisan daging isteri maut kemalangan

0
760

SUMATERA UTARA, INDONESIA – Satu kemalangan yang menyayat hati telah berlaku berhampiran dengan padang golf Bunut, di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada 3.30 petang itu telah meragut nyawa seorang wanita yang dikenali sebagai Nani, 41, yang menaiki motosikal bersama dengan suaminya.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Rusdi SH, semasa kejadian, suami mangsa dikatakan hendak memotong sebuah lori yang berada di hadapan, namun gagal kerana keadaan jalan yang rosak dan telah menyebabkan motosikal mereka hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar tayar sebuah lori.

Keadaan di lokasi kemalangan itu sangat sayu apabila si suami tidak dapat mengawal perasaannya serta meraung sambil mengutip cebisan daging isterinya di atas jalan raya.

Mujur si suami hanya mengalami cedera ringan namun dia tidak dapat menahan perasaannya dan jatuh pengsan beberapa kali sebelum pasukan ambulans sampai di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga anak mereka yang berusia antara 12 hingga lapan tahun turut tiba di lokasi kejadian dan terpaksa menenangkan bapa mereka.

Menurut portal Eberita, sebelum kejadian itu berlaku, isterinya berkelakuan agak aneh apabila dia beberapa kali telah keluar masuk ke dalam rumah sebelum mereka bertolak untuk menjenguk saudara yang sakit.

Namun, apabila ditanya, isterinya hanya berkata bahawa dia berasa agak janggal dan seperti ada sesuatu yang tertinggal.

“Saya tanya ada apa? dia cakap macam ada barang tertinggal tapi tak tahu apa,” kata si suami dipetik daripada portal Eberita.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Mohd. Rahmad telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here