‘Saya pukul untuk mengajarnya’ – Ibu kanak-kanak buat laporan polis

0
847

KUANTAN – Susulan viral video seorang wanita dirakam memukul, menampar dan mencampak anaknya dalam kereta, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis.

Baca: ‘Tadi aku dah cakap jangan ikut! Mati kau, aku kerjakan!’

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dalam laporannya berkata, dia hanya menyedari video dirinya itu tersebar di media sosial selepas dimaklumkan oleh rakannya pada jam 12.30 pagi, semalam.

“Lebih kurang jam 12.30 pagi ketika berada di Kuantan Parade, saya menerima mesej dari kawan yang mengatakan rakaman video saya memukul anak saya telah diviralkan di laman Facebook Group Komuniti Kuantan oleh seorang individu.

“Sedangkan saya memukul anak dengan niat mengajarnya kerana anak bermain dengan anak anjing dan bermain seorang diri di tempat yang jauh dari jagaan saya,” katanya.

Ekoran viral itu, wanita berkenaan membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

Sementara itu, individu yang bertanggungjawab memuat naik video itu di media sosial pula tampil mempertahankan diri dan mendakwa mangsa merupakan anak saudaranya serta wanita itu adalah bekas adik iparnya.

“Untuk pengetahuan semua, anak yang dipukul itu adalah anak saudara saya dan perempuan itu adalah bekas adik ipar.

“Hasil perbincangan keluarga hari ini, kami sepakat tidak akan membuat laporan polis dan akan berbincang dengan si pelaku.

“Salahkah bagi seorang bapa saudara dalam situasi ini dan video itu dikongsi oleh kawan isteri saya yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Menurut individu itu lagi, kes itu bukan kes yang pertama, malah dia mendakwa wanita itu pernah mengugut mahu mencederakan ibu mertuanya. Namun tiada tindakan undang-undang diambil berhubung ugutan itu.

“Untuk pengetahuan, di dalam laporan tersebut tertera pekerjaan beliau sebagai Timbalan Pengarah JPN dan laporan ini juga boleh dianggap palsu. Saya cuma melakukan apa yang terbaik untuk anak kecil itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here