Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad meninggal dunia

0
475

KAJANG – Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr. Hj. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 8 pagi, Selasa.

Berita tersebut disahkan anak Allahyarham, Asrul Sani kepada Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Saifullizan Yahaya

Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur hari ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen dari tahun 1999 ke 2004.

Antara karya tersohor Allahyarham termasuk ‘Rentong’ dan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here