Salahkan Kerajaan Negeri beri hadiah kepada rakyat?

0
349

Tular pembangkang dilihat seperti sudah kehabisan isu apabila mula menyerang program kerajaan negeri Terengganu, Ekspo Terengganu 2018.

Serangan terarah kepada hadiah yang dilihat begitu lumayan kepada pengunjung. Hadiahnya seperti apartmen, tanah perumahan dan pertanian, kenderaan pacuan 4 roda, motosikal dan lain-lain.

Salahkah kerajaan negeri memberi hadiah kepada rakyat melalui program seperti expo sebagai penghargaan kepada mereka yang selama ini memberi ‘kerjasama’ yang baik bagi merealisasikan setiap perancangan di negeri Terengganu?

Kalau tidak ada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan rakyat, mana mungkin sesuatu projek yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilaksanakan?

Hanya kerajaan yang berpandangan jauh seperti kerajaan BN Terengganu mempunyai agenda pembangunan yang memberi manafaat serta visi dan misi yang mampu melaksanakan pelbagai pembangunan dan program yang dirancang untuk rakyatnya.

Ekspo Terengganu 2018 yang dilangsungkan di Stadium Tertutup Gong Badak bermula 25 Februari sehingga 3 Mac depan bagi memberi pendedahan kepada rakyat tentang kejayaan pembangunan yang dilakar oleh kerajaan BN.

Kisah-kisah kejayaan dan pencapaian terkini negeri Terengganu di bawah MB Razif dan barisan kepimpinannnya akan dipamerkan sepanjang ekspo yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan penutupannya oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sendiri.

Ia diadakan bagi menyuntik motivasi rakyat Terengganu agar terus bersama-sama kerajaan BN dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Disamping itu, pelbagai hadiah menarik yang disediakan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat yang datang ke ekspo tersebut.

Selain itu, jualan produk hasil keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga akan berlangsung selain program seperti Forum Perdana, ramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, persembahan kebudayaan dan temuduga terbuka untuk mereka yang mencari pekerjaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here